Majlis agama bukan Islam panjangkan salam Ramadan
Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam di Malaysia.
“Pengalaman Ramadan tahun ini sudah tentu berbeza kerana masih dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19,” kata pemimpin-pemimpin kumpulan itu dalam kenyataan bersama.
Mereka berharap Ramadan kali ini akan disambut penuh gembira dan bermakna dalam keadaan normal baru.
Kata mereka, pada bulan April ini, agama-agama lain turut menyambut perayaan masing-masng seperti tahun baru Hindu, hari Vaisakhi, festival Qing Ming dan Easter.
“Sahabat-sahabat umat Islam juga juga dijangka berkorban pada bulan puasa ini susulan kita diminta meneruskan penjarakan sosial.
“Walaupun bersembahayang di masjid dan surau tidak dibenarkan, sembahyang di rumah juga bermakna dan berkesan.
“Semoga kita berjuang dalam Ramadan ini bukan hanya untuk mengekang hawa nasfu tetapi juga terhadap virus Covid-19 yang telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia.
“Dengan rahmat Tuhan kita akan atasinya,” kata mereka.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

