Sabah benarkan kedai elektronik, baja, kimia beroperasi 3 hari seminggu
Diterbitkan: Apr 28, 2020 10:45 PM
Kerajaan Negeri Sabah hari ini bersetuju untuk membenarkan kedai elektrik dan elektronik serta kedai baja dan kimia beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong berkata kedua-dua kedai terbabit dibenarkan beroperasi tiga hari seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu mulai pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
“Kedai elektrik dan elektronik dibenarkan beroperasi untuk tujuan menjual alat ganti sahaja, manakala kedai baja dan kimia dibenarkan beroperasi bagi memenuhi keperluan tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.