Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hotel mercu tanda di Melaka ditutup selepas beroperasi 40 tahun
Diterbitkan:  Apr 30, 2020 3:31 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Hotel Ramada Melaka yang beroperasi hampir 40 tahun ditutup sepenuhnya berikutan krisis pandemik Covid-19.

Perkara itu dinyatakan dalam satu surat bertarikh 28 April yang ditandatangani pengarah Hotel Ramada dan ditujukan kepada kesatuan kebangsaan pekerja- pekerja hotel, bar dan restoran.

Menurut surat berkenaan, tarikh akhir bagi hotel itu beroperasi adalah pada 30 Jun depan.

"Oleh kerana krisis pandemik Covid-19 sejak Januari 2020 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020, industri perhotelan sangat terkesan dan kami tidak terkecuali.

“Berikutan krisis itu, penerusan operasi hotel tidak lagi berdaya maju.

“Dengan penuh rasa kesal kami ingin memaklumkan bahawa pemilik telah memutuskan untuk menghentikan perniagaan,” kata surat berkenaan.

Pemilik hotel tersebut berkata, ia akan mengeluarkan notis pemberhentian selama dua bulan kepada kakitangan.

Pihak hotel juga akan membayar “faedah pemberhentian kerja kepada kakitangan berdasarkan terma kontrak pekerjaan masing-masing”.

Lihat Komen
ADS