Kim Jong Un muncul di khalayak selepas 'hilang' lebih 20 hari
Diterbitkan: May 2, 2020 2:37 PM
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Jumaat menghadiri upacara memotong reben sebuah kilang baja fosfat, lapor agensi berita Xinhua, memetik agensi berita pusat Korea pada Sabtu.
Semua yang hadir dalam acara itu bersorak 'hore!'.
Perasmian Kilang Baja Fosfat Sunchon, diadakan pada Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia.
Pada upacara itu, Kim turut meluangkan masa melawat beberapa kawasan yang terdapat di kilang berkenaan.
Kim diiringi kakaknya Kim Yo Jong serta beberapa pegawai kanan lain.
Ia penampilan pertama pemimpin itu sejak lebih 20 hari tidak muncul di khalayak.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.