Pakatan Harapan Johor berkata mereka bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa tetapi berpandangan sekarang bukan masa yang sesuai.

Ini memandangkan negara sedang berperang dengan Covid-19, menurut gabungan PKR, DAP dan Amanah itu.

“Terlalu banyak perkara yang lebih penting dan utama perlu dihadapi oleh rakyat hari ini berbanding dengan keperluan mengadakan pilihan raya seperti yang dicadangkan oleh Nur Jazlan,” menurut kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah mesyuarat PH lebih kurang sejam 30 minit pagi tadi.

Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berpendapat lebih baik Sultan Johor membubarkan DUN, susulan dakwaan pergolakan politik antara Bersatu dan Umno di peringkat negeri.

PH dalam berkata undi boleh dibuat dalam Dewan bagi menentukan kedudukan menteri besar.