Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PKPD di beberapa kawasan di Selayang dilanjut, selebihnya tamat
Diterbitkan:  May 4, 2020 2:54 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan penamatan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di kebanyakan kawasan, namun beberapa kawasan tertentu di Selayang akan dilanjutkan.

Terdapat dua kawasan di bawah PKPD di Selayang, iaitu di Selayang Baru dan Bandar Baru Utara.

Perkembangan terbaru adalah seperti berikut:

PKPD di Pusat Bandar Utara:

  • Parcel A: Jalan 6 / 3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur (tamat)
  • Parcel B: Jalan 6 / 3A dan 9 / 3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur (tamat)
  • Parcel C: Jalan 2 / 3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur (dilanjutkan)
  • Parcel D: Jalan 2 / 3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur (dilanjutkan)
  • Parcel E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1 / 2D, Kuala Lumpur (dilanjutkan)
  • Parcel E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1 / 2D, Kuala Lumpur (dilanjutkan)
  • Parcel E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1 / 2B, Kuala Lumpur (dilanjutkan)
  • Parcel F: Taman Batu View dan Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur (dilanjutkan)

PKPD di Selayang Baru:

  • Zon A: Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah, Gombak, Selangor (tamat)
  • Zon B: Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru, Gombak, Selangor (tamat)
  • Zon C: Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak, Selangor (dilanjutkan)
  • Zon D: Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru, Gombak, Selangor (dilanjutkan)
  • Zon E: Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru, Gombak, Selangor (dilanjutkan)
  • Zon F: Blok A, B dan C, Selayang Makmur, Gombak, Selangor (dilanjutkan)

Ismail, yang merupakan menteri kanan yang memantau penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP), berkata pelanjutan itu hingga 12 Mei.

Beliau juga mengumumkan bahawa semua baki PKPD lain akan ditamatkan esok.

Katanya, PKPD di Menara City One, Selangor Mansion, Malayan Mansion dan kawasan sekitar Masjid India telah ditamatkan semalam.

Ismail menambah PKPD di Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah, sebuah sekolah agama di Sungai Lui, Hulu Langat, akan ditamatkan esok.

[Berita lanjut menyusul]

 

Lihat Komen
ADS