Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azmin tinggalkan ‘kelat’, Lim gesa PM campur tangan
Diterbitkan:  May 6, 2020 2:54 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Lim Kit Siang menganggap kenyataan Azmin Ali bahawa tindakan undang-undang boleh diambil pada negeri yang tidak membuka kembali ekonominya sebagai “ancaman” dan bukan peringatan.

"Penjelasan yang menyedihkan!" kata veteran DAP itu dalam kenyataan hari ini.

Lim berkata “peringatan” menteri kanan (ekonomi) itu “sangat tidak normal”.

Menyifatkan Azmin meninggalkan “kelat” (bad taste) atau rasa kurang enak terhadap hubungan pusat-negeri, Lim mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin campur tangan.

"Perdana menteri harus mengadakan pertemuan dengan semua kerajaan negeri untuk memastikan kerajaan persekutuan dan semua kerajaan negeri berada dalam saf yang sama dalam perang yang tidak dapat dilihat terhadap Covid-19 untuk membendung koronavirus dan menyelamatkan ekonomi Malaysia yang hancur akibat wabak itu," katanya.

Semalam, Azmin menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri terdedah dengan tindakan undang-undang daripada pihak industri sekiranya enggan membuka semula ekonomi bukanlah ugutan.

Sebaliknya, kata Azmin, ia adalah peringatan bahawa kerjasama kerajaan negeri diperlukan untuk memulihkan negara.

Sebelum ini, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata bahawa kenyataan menteri kanan itu sebagai angkuh dan takbur dan berkelakuan seperti Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Sementara itu, Lim mendakwa Putrajaya masih belum mengembangkan strategi terbaik untuk keluar daripada krisis Covid-19 berikutan kelonggaran bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS