Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 68 kes baru, hari ketiga tiada kematian
Diterbitkan:  May 8, 2020 5:21 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada kematian baru pesakit Covid-19 yang dilaporkan, menjadikan jumlah korban kekal 107 kes.

Ini bermakna hari ini merupakan hari ketiga tiada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia. Setakat ini, kes kematian terakhir adalah Pesakit 2,380 - lelaki warga tempatan berusia 51 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pukul 2.53 petang, 5 Mei lalu.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, Noor Hisham berkata seramai 88 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah, menjadikan jumlah kes pulih kepada 4,864, iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sebanyak 68 kes baru Covid-19 yang dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini berjumlah 6,535 kes, dengan 1,564 daripadanya merupakan kes aktif.

Daripada jumlah itu, 64 kes adalah daripada penularan tempatan, dan 57 kes melibatkan warga asing.

"Sebanyak tiga kes dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD)," katanya lagi ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sejumlah 18 pesakit Covid-19 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang satu kes daripada semalam.

Daripada jumlah itu, seramai tuju pesakit memerlukan bantuan pernafasan, juga kurang satu kes berbanding semalam.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS