Pesawat MASwings tergelincir dari landasan di Long Seridan
Diterbitkan: May 9, 2020 6:30 PM
Sebuah pesawat jenis Twin Otter (DHC6) milik MASwings dilaporkan tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Long Seridan di bahagian Miri hari ini.
MASwings, dalam satu kenyataan di Sibu, mengesahkan kejadian itu berlaku pukul 10.05 pagi.
Dua penumpang dan dua anak kapal dalam penerbangan MH3622 dari Marudi itu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Menurut MASwings, keutamaan syarikat penerbangan itu adalah keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal.
Syarikat penerbangan itu turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa terbabit dalam membantu siasatan.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.