BERITA

Kawasan Pasar Jalan Othman, PJ kini di bawah PKPD

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Mei 2020, 4:18 pagi

Kawasan Pasar Jalan Othman (PJO), di Petaling Jaya, Selangor kini diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan.

Dalam kenyataan media pagi ini, Menteri Kanan Ismail Sabri berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 26 kes positif Covid-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan berkenaan.

Justeru, katanya, atas nasihat menteri kesihatan, kawasan itu diletakkan di bawah PKPD.

"Perintah PKPD ini melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan. Perintah ini akan berkuat kuasa mulai 10 Mei 2020 hingga 23 Mei 2020," katanya.

Di bawah PKPD, antara lain, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan terlibat dan bukan penghuni serta pelawat tidak dibenarkan masuk, selain semua aktiviti perniagaan akan dihentikan.

"Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada para petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa," katanya.

Tengah malam semalam, lebih 100 anggota polis dan tentera tiba di kawasan berkenaan dan memasang pagar kawat berduri.

Dalam kenyataannya pagi ini, Ismail berkata tujuan PKPD itu dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan Covid-19 daripada menular keluar.

"Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuat kuasa," katanya lagi.

Menurutnya, penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya di talian 016-980 9389, atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

Dalam kenyataan media itu, Ismail turut memperincikan tiga zon di kawasan itu yang diletakkan di bawah PKPD:

Zon A​:
Jalan Penchala, Petaling Jaya
Jalan 4/33, Petaling Jaya
Jalan 4/37, Petaling Jaya
Jalan 4/39, Petaling Jaya
Jalan 4/41, Petaling Jaya
Jalan 4/44, Petaling Jaya
Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
Jalan 4/43, Petaling Jaya
Jalan 4/46, Petaling Jaya
Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya

Zon B​:
Jalan 2/29, Petaling Jaya
Jalan 2/29A, Petaling Jaya
Jalan 2/27, Petaling Jaya
Jalan 2/32, Petaling Jaya
Jalan 2/25, Petaling Jaya
Jalan 2/26, Petaling Jaya
Jalan 2/34, Petaling Jaya
Jalan 2/34A, Petaling Jaya
Jalan 2/23, Petaling Jaya
Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya

Zon C​:
Jalan Selangor, Petaling Jaya
Lorong 3/57D, Petaling Jaya
Lorong 3/57C, Petaling Jaya
Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya

 

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.