Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah kes Covid-19 seluruh dunia lebih 4 juta

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi empat juta pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University.

Data itu menunjukkan korban di seluruh dunia mencecah 277,860 orang sementara pesakit yang sembuh berjumlah 1,348,383.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk diancam wabak menyaksikan lebih 1.3 juta kes jangkitan dan 78,469 orang maut.

Diikuti United Kingdom (UK) dengan 31,662 orang meninggal dunia manakala Itali di kedudukan ketiga tertinggi menyaksikan seramai 30,395 pesakit maut.

Di Perancis pula 26,313 orang meninggal dunia disusuli Sepanyol dengan 26,299 kematian.

Sepanyol mempunyai kes kedua tertinggi iaitu lebih 222,800 diikuti Itali, UK dan Rusia.

China negara pertama wabak maut itu dikesan kini mencatatkan sifar kes. Keseluruhan negara ini melaporkan 83,976 kes dengan tiada kematian sejak minggu lalu menjadikan angka korban kekal seramai 4,637 orang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS