Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shahidan Kassim pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN
Diterbitkan:  May 16, 2020 4:22 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Anggota Parlimen Arau Shahidan Kassim dipilih sebagai pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC).

Pelantikan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyididin Yassin dalam satu pertemuan dengan anggota Parlimen PN semalam, menurut kenyataan yang disiarkan di laman PNBBC.

Anggota Parlimen Pasir Puteh dari PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh pula dipilih sebagai timbalan pengerusinya.

Manakala Anggota Parlimen Tasatu Gelugor dari Bersatu, Shabudin Yahaya dilantik menjadi setiausaha dan Anggota Parlimen Bintulu dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP), Tiong King Sing menjadi bendahari.

Kesemua lantikan dipersetujui sebulat suara dalam perjumpaan semalam.

Mengulas pelantikannya, Shahidan berkata semua anggota parlimen PN akan menyokong dan mempertahankan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada serangan pembangkang, terutama di Dewan Rakyat.

Menurut Shahidan lagi, kerajaan PN hari ini telah membuktikan kejayaannya dalam masa singkat, terutama ketika negara dilanda wabak Covid-19, termasuk menyediakan bantuan dan perkhidmatan seperti Bantuan Prihatian Nasional (BPN).

“Keutamaan kita adakan memberi perkhidmatan kepada rakyat selain usaha menyelamatkan dan memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Difahamkan, Shahidan dipilih berdasarkan pengalamannya sebagai bekas menteri serta pernah bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen, selain disenangi di kalangan ahli parlimen blok kerajaan dan juga pembangkang.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada PNBBC ini menggantikan Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Lihat Komen
ADS