Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Riza: Ibarat curi 10 ekor ayam, bayar balik seekor - Anwar

Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan perjanjian penyelesaian yang menyaksikan Riza Shahriz Abdul Aziz diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) berhubung dakwaan pengubahan wang haram, baru-baru ini.

"Kita nak persoalkan apakah munasabah kita selesaikan kes seperti ini? Dengan rundingan dan membayar sedikit, kalau kita ambil RM1 bilion dan bayar RM100 juta, selesai.

"Jadi esok, ada orang kata dia curi 10 ekor ayam, bayar seekor selesai. Kaedahnya sama, jangan pandang ringan. Kalau kita umpamanya esok, curi 10 motor, runding bayar balik satu motor,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengulas keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, Riza Aziz.

Riza, 43, yang berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan AS$248 juta (RM1.25 bilion) dikaitkan dengan 1MDB, dilepas daripada kesemua pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen pada 14 Mac.

Pendakwaan membuat permohonan itu selepas mencapai persetujuan dengan tertuduh yang menyaksikan kerajaan persekutuan akan mendapat semula wang berjumlah jutaan ringgit.

Anwar menyifatkan apa yang berlaku umpama filem terkenal allahyarham P Ramlee, Antara Dua Darjat.

"Mengapa tidak ambil tindakan orang yang ambil RM100 juta? Awak, itu bukan rasuah tapi komisen. Mengapa ambil tindakan polis ambil RM50? Ah, itu rasuah.

"Ini jadi permainan, sebab ini yang berlaku. Ini yang disebut Antara Dua Darjat, antara filem P Ramlee yang terkenal,” katanya dalam siaran langsung di Facebook, hari ini.

Lihat Komen
ADS