Perintah kawalan pergerakan diperketatkan di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya akan ditamatkan selepas tengah malam ini.

Ketua Polis Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan perkata itu dalam pesanan teks kepada media.

"Saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada komuniti pasar Jalan Othman kerana menyokong dan bersabar sepanjang PKPD," katanya.

Kawasan di sekitar Pasar Jalan Othman telah diletakkan di bawah PKPD pada 10 Mei lalu.

setelah Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa terdapat 26 kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.

PKPD di kawasan itu sebelum ini dijadualkan berkuat kuasa sehingga 23 Mei.

Dianggarkan 2,900 penduduk dan premis perniagaan terjejas akibat PKPD di kawasan berkenaan.

The Sun Daily melaporkan bahawa terdapat 1,700 warga emas yang tinggal di kawasan itu, yang merangkumi 60 peratus penduduk yang terjejas.

Sehingga tengah hari ini, terdapat lebih daripada 7,000 kes Covid-19 di negara ini.

Daripada jumlah itu, 1,189 kes masih aktif.