Bursa Malaysia Securities Bhd meluluskan permohonan MYEG Services Bhd untuk menggantung dagangan sahamnya mulai 9 pagi hingga 5 petang hari ini, sementara menunggu pengumuman syarikat itu mengenai maklumat penting.

“Permohonan penggantungan itu dibuat di bawah Perenggan 3.1 (c) Nota Amalan 2 mengenai Permohonan untuk Penggantungan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd,” menurut MYEG dalam makluman kepada bursa hari ini.

Saham MYEG ditutup pada RM1.48 pada Khamis.

- Bernama