Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Presiden PKR, Tian Chua, sudah mengemukakan balasan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan parti itu kepadanya "lama dulu".

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Tian yang juga bekas ahli parlimen Batu menjelaskan kini terserah kepada PKR untuk menerima penjelasannya atau tidak.

"Saya sudah menyerahkan (jawapan balas) kepada surat tunjuk sebab tersebut dan terserah kepada mereka untuk membuat keputusan.

"(Saya menyerahkannya) sudah lama dulu," katanya ketika dihubungi.

Pada 15 April lalu Tian dilaporkan mendapat surat tunjuk sebab daripada PKR dan ia berlaku selepas Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali - yang ketika itu menjadi timbalan presiden parti berkenaan - menggerakkan Langkah Sheraton.

Ia membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan dan muncul pula gabungan baru dikenali sebagai Perikatan Nasional.

Ekoran perkembangan itu PKR memulakan siasatan dan tindakan disiplin ke atas pihak yang dilihat cenderung kepada kumpulan Azmin.

Selain Tian, ada empat pemimpin lain yang diberikan surat tunjuk sebab. Seramai 285 ahli PKR pula digantung dan 348 yang lain dipecat.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS