BERITA

Kes Covid-19 di depoh imigresen libatkan tahanan sebelum, semasa PKP

Annabelle Lee

Diterbitkan

Covid-19 dikesan di Depoh Imigresen Bukit Jalil yang menempatkan warga asing yang ditahan sebelum dan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Dalam sidang media hariannya di Putrajaya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 25 kes baru dikesan dalam kalangan tahanan, menjadikan jumlah kes di kluster depoh menjadi 60 setakat ini.

Katanya 35 kes yang diumumkan semalam adalah dari Blok A - yang menempatkan mereka yang ditangkap sebelum 18 Mac ditahan secara terpisah daripada yang ditangkap semasa PKP.

Antara 25 kes yang dikesan setakat tengah hari ini, 24 adalah dari Blok B manakala baki satu lagi dari Blok C.

"Blok B dan C adalah (mereka yang ditangkap) semasa PKP dipertingkatkan (PKPD)," katanya, sambil menambah bahawa semua 25 adalah warganegara Pakistan.

Ketika pelaksanaan PKPD pihak berkuasa imigresen melakukan serbuan besar-besaran ke atas pendatang asing tanpa dokumen di Selayang, Jalan Masjid India, Bandar Lama Petaling Jaya dan Chow Kit.

Berikutan wabak di depoh itu, Noor Hisham berkata kementerian sedang dalam proses pemeriksaan terhadap semua 1,400 tahanan.

Katanya semua 114 kakitangan depoh juga sudah menjalani pemeriksaan dan tidak ada yang didapati positif Covid-19.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.