BERITA

Harga RON95, RON97 naik 7 sen, diesel naik 6 sen

Bernama

Diterbitkan

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tujuh sen daripada RM1.31 kepada RM1.38 seliter dan RM1.61 kepada RM1.68 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel juga naik enam sen seliter, daripada RM1.45 kepada RM1.51 seliter.

Ia adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenaikan itu disebabkan peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia, menurut kenyataan itu.

“Bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.