BERITA

35 individu lain hadiri mesyuarat pascakabinet negatif Covid-19

Annabelle Lee

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Mei 2020, 11:05 tengahari

Kementerian Kesihatan (KKM) telah menguji 36 individu yang menghadiri mesyuarat pasca kabinet 20 Mei lalu yang turut dihadiri oleh seorang individu positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 35 individu lain, termasuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin - telah diuji negatif dan sedang menjalani kuarantin rumah selama 14 hari.

"Kami telah mengadakan ujian terhadap 35 individu dan semuanya negatif.

"Walaupun mereka diuji negatif, mereka harus dikuarantin sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP).

“Mudah-mudahan semua 35 individu akan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari. Pada hari ke-13 kita akan mengulangi ujian swab sekali lagi, ” katanya semasa taklimat harian Covid-19 petang ini.

Individu positif Covid-19 yang menghadiri mesyuarat itu ialah Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid.

Noor Hisham berkongsi bahawa Nik Azman kini dirawat di hospital dan pengesanan kes aktif juga dilakukan pada ahli keluarganya.

Pegawai atasan itu menyatakan bahawa penjarakan sosial dan SOP lain diamalkan dalam mesyuarat itu.

“Pegawai yang menghadiri mesyuarat perlu mencuci tangan sebelum mereka masuk ke bilik mesyuarat. Kami juga cuba mengelakkan ruang yang terhad semasa mesyuarat, ”katanya.

[Baca berita asal]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.