BERITA

20 lelaki ditahan berkaitan insiden gaduh di PPR Jalan Ipoh

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Mei 2020, 10:43 pagi

Polis menahan 20 lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata suspek yang berusia 17 hingga 33 tahun itu ditahan selepas polis menerima panggilan mengenai insiden pergaduhan membabitkan 30 individu pada pukul 10.50 malam.

Katanya, siasatan mendapati insiden itu pada awalnya melibatkan satu kumpulan iaitu kira-kira 10 lelaki yang bergaduh sesama ahli keluarga.

"Satu lagi kumpulan datang untuk meleraikan pergaduhan itu menyebabkan berlaku rasa tidak puas hati kerana dianggap mencampuri urusan keluarga mereka, seterusnya berlaku pergaduhan antara kedua-dua kumpulan itu.

"Dalam insiden itu, seorang lelaki mengalami sedikit kecederaan pada jari telunjuk tangan kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat empat kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta PPR itu yang telah rosak dalam insiden berkenaan.

Mazlan berkata kesemua suspek direman selama empat hari sehingga Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur dengan menelefon 03-2115 9999 atau hubungi mana-mana balai polis yang berdekatan.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.