Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Tiada pertemuan sulit MB Selangor-Azmin-Hamzah Zainudin’
Diterbitkan:  May 29, 2020 8:31 AM
Dikemaskini: 12:31 AM

Tiada pertemuan sulit melibatkan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan pemimpin Bersatu Mohamed Azmin Ali serta Hamzah Zainudin, kata Borhan Aman Shah.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa terdapat pertemuan sulit di antara MB Selangor dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainudin,” kata setiausaha politik menteri besar.

Dalam kenyataan, Borhan berkata tengah hari semalam, Amirudin sebenarnya bertemu dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di kediaman rasminya di Shah Alam.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri exco kesihatan negeri Dr Siti Mariah Mahmud, kakitangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri.

“Perbincangan adalah berkaitan menangani penularan wabak Covid-19 di Negeri Selangor,” kata Borhan yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Sepat.

Selain itu, katanya, perbincangan turut menyentuh kerjasama kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan dalam penyesuaian norma baharu selepas perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).”

Lihat Komen
ADS