Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ismail Sabri: K'jaan belum putus akan sambung PKPB

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan belum lagi memutuskan untuk menyambung atau menamatkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang akan berakhir pada 9 Jun nanti.

Beliau juga mengulas mesej tular yang mendakwa PKPB akan disambung lagi.

"Ia berita palsu. Jangan percaya," kata beliau pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri menggesa orang ramai untuk mencari maklumat yang disahkan mengenai SOP daripada laman web Majlis Keselamatan Nasional (NSC).

Katanya, terdapat garis panduan yang jelas mengenai SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Menteri pertahanan itu menjawab soalan daripada seorang wartawan sekiranya perjalanan rentas antara negeri akan diizinkan selepas 9 Jun, ketika PKPB dijadualkan berakhir.

Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memutuskan jika PKPB akan disambung nanti, bersama dengan semua SOP berkaitan, termasuk perjalanan rentas negeri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS