Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut perayaan Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikan perayaan itu.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan (Selamat Menyambut Pesta Kaamatan). Happy Harvest Festival to all our friends in Sabah (Selamat menyambut Pesta Menuai kepada semua rakan di Sabah).

May you enjoy abundance of health, wealth and prosperity (Semoga anda menikmati kesihatan yang baik, kekayaan dan kemakmuran)."

Seri Paduka Baginda berdua bertitah demikian melalui hantaran pada akaun Facebook Istana Negara.

Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah hari ini dan esok, sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.

- Bernama

Lihat Komen
ADS