Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sekolah memandu, pelesenan JPJ beroperasi mulai 1 Jun
Diterbitkan:  May 30, 2020 4:04 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pemberian kebenaran kepada institut memandu dan latihan serta proses pelesenan pemandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) beroperasi dari 8 pagi sehingga 4 petang bermula 1 Jun ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa khas menteri hari ini.

Katanya JPJ juga telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan ketetapan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Antaranya pemeriksaan suhu, nyahkuman di luar dan dalam kenderaan pada setiap masa sebelum dan selepas digunakan dan memastikan kapasiti ada penjarakan sosial serta pengajar dan pelajar dipastikan memakai pelitup muka," jelasnya.

Ditanya mengenai tindakan kelab malam membuat promosi di laman sosial Instagram,

Ismail Sabri juga menegaskan buat masa ini masih tiada kebenaran untuk kelab malam beroperasi.

"Mana yang buka itu dianggap sebagai melanggar peraturan dan saya harap pihak polis dan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera untuk memastikan kelab-kelab malam tersebut ditutup kerana melanggar akta dan undang-undang," jawab beliau ketika ditanya mengenai tindakan kelab malam membuat promosi di laman sosial Instagram,.

Mengenai operasi pematuhan, Ismail Sabri berkata semalam pihak polis telah menahan 114 individu atas kesalahan ingkar PKPB dan daripada jumlah itu, 108 orang direman, manakala enam orang lagi dijamin.

Selain itu, katanya seramai 471 individu dikompaun atas pelbagai kesalahan ingkar PKPB dengan 76 kompaun daripadanya dikeluarkan di sekatan jalan raya dan seorang individu atas kesalahan ziarah Aidilfitri.

Lihat Komen
ADS