Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KPDNHEP keluar kompaun RM205k sepanjang skim harga maksimum raya

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kompaun berjumlah RM205,000 sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2020, yang berakhir semalam.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata jumlah kompaun itu merangkumi 70 kes yang sebahagian besarnya melibatkan kesalahan menjual barangan kawalan seperti ayam, telur dan sayur-sayuran melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

"Kami telah menjalankan pemeriksaan di 22,852 premis temasuk borong dan runcit di seluruh negara bermula 20 Mei hingga semalam.

"Kami dapati jumlah kes kesalahan yang direkodkan adalah kecil. Ini menunjukkan peniaga patuh dan bertanggungjawab serta mengambil inisiatif yang berhemah dalam menjalankan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Pasar Payang 2, di Kuala Terengganu, hari ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS