Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 20 kes baru, 15 kes import
Diterbitkan:  Jun 2, 2020 5:14 PM
Dikemaskini: 9:51 AM

Sebanyak 20 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 7,877 kes.

Jumlah kes aktif terkumpul pula sebanyak 1,292 kes, kes sembuh sebanyak 6,470 dan kematian sebanyak 115 kes.

Sebanyak 20 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 7,877 kes.

Jumlah kes aktif terkumpul pula sebanyak 1,292 kes, kes sembuh sebanyak 6,470 dan kematian sebanyak 115 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Daripada lima kes penularan di dalam negara, hanya dua kes melibatkan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, seramai enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk tempoh 11 hari berturut-turut sejak 23 Mei lepas, tiada kes kematian dilaporkan hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga memaklumkan bahawa terdapat 66 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,470 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya.

 


Lihat Komen
ADS