Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majikan tak boleh paksa pekerja cuti tanpa gaji untuk kuarantin
Diterbitkan:  Jun 4, 2020 3:51 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk mengambil cuti tanpa gaji untuk menjalani kuarantin, kata Ismail Sabri Yaakob.

Majikan tidak boleh meminta pekerja mereka yang membuat perjalanan merentas negeri untuk mengambil cuti tanpa gaji, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri

"Itu (memaksa mereka mengambil cuti) tidak diizinkan. Berdasarkan peraturan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, warga yang pulang dari luar negara harus dikuarantin selama 14 hari.

"Rakyat Malaysia yang pulang ke Sabah dan Sarawak dari Semenanjung juga perlu menjalani kuarantin wajib.

"Di Semenanjung, walaupun perjalanan antara negeri dan antara daerah tidak dibenarkan sekarang, ada pihak yang mendapat kebenaran polis untuk pulang, dan mereka tidak diwajibkan menjalani kuarantin 14 hari.

"Jadi ini hanya majikan yang pandai-pandai buat s(syarat) sendiri. Disuruh (pekerja) kuarantin 14 hari dan disuruh ambil cuti tanpa gaji. Tak ikut garis panduan MKN. Tindakan majikan adalah salah.

"Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia boleh mengambil tindakan terhadap mereka," kata Ismail dalam taklimat hariannya dari Putrajaya hari ini.

Mengulas isu lain, Ismail mengesahkan bahawa 56 kakitangan Malaysia yang telah dihantar ke Hospital Medan Malaysia (MFH) di Cox's Bazar, Bangladesh dalam misi kemanusiaan pada bulan Februari telah kembali ke Malaysia untuk membantu memerangi Covid-19 wabak di sini.

Ismail juga mengumumkan bahawa antara 18 Mac dan 3 Jun, polis telah menyiasat 572 kes yang melibatkan penjualan topeng muka secara dalam talian, dengan kerugian berjumlah RM5.5 juta.

Ia berlaku terutamanya melalui Facebook dan Whatsapp.

Siasatan itu membawa kepada 181 tangkapan, dengan 53 individu telah didakwa di mahkamah, katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS