Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kempen Dong Zong tangani rasisme, xenofobia
Diterbitkan:  Jun 5, 2020 1:50 PM
Dikemaskini: 6:12 AM

Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) melancarkan kempen Menyalur Kasih Sayang Menjelang Wabak Covid-19 sebagai usaha menangani kebencian dan diskriminasi terhadap kumpulan masyarakat tertentu, di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Dong Zong berkata, kempen di media sosial itu juga bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepelbagaian serta masalah rasisme dan xenofobia (prejudis terhadap orang asing) yang wujud.

"Sejak penularan Covid-19, ketakutan terhadap wabak ini telah membawa kepada kebencian dan diskriminasi terhadap kumpulan masyarakat tertentu, terutama pekerja migran dan juga pelarian di seluruh dunia.

"Malah ia juga berlaku di negara kita, terutama di media sosial yang menjadi tempat kes bulis siber dan kenyataan kebencian dibuat.

"Penularan virus adalah tanpa batasan dan sesiapa pun berkemungkinan menjangkitinya tidak kira apa jenis kaum, bangsa, agama atau kedudukan sosial," kata pertubuhan itu dalam kenyataan.

Menerusi kempen itu, Dong Zong mengajak orang ramai agar menghasilkan slogan berkenaan konsep kepelbagaian dan mengambil gambar bersama slogan itu untuk dijadikan gambar profil di media sosial mereka.

Gambar tersebut boleh diletakkan dalam bingkai bertemakan "hentikan ucapan kebencian" yang disediakan mereka.

"Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman sesawang Dong Zong iaitu atau hubungi pengawai esekutif Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya (PKKB) Yap Heng Lung (03-87362337, samb. 301) atau e-mel di [email protected]/[email protected].

Lihat Komen
ADS