Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan internet berkapasiti 1GB secara percuma kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), beliau berkata inisiatif internet percuma itu disediakan sehingga 31 Dis 2020 yang antara lain membolehkan pengguna melayari laman web pendidikan dan aplikasi persidangan video.

"Selain itu semua pengguna akan mendapat akses secara percuma tanpa had laman web kerajaan dan aplikasi COVID-19 kerajaan khususnya MySejahtera," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS