Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Hampir sejuta rakyat dijangka menganggur tahun ini’
Diterbitkan:  Jun 5, 2020 4:29 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Kadar pengangguran negara dijangka meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 penganggur untuk keseluruhan tahun 2020 mengikut perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Berucap ketika membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek di Putrajayai, hari ini. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berkata ini susulan ekonomi Malaysia yang dijangka menguncup pada suku kedua tahun ini.

Katanya, penguncupan itu berikutan usaha negara membendung penularan pandemik Covid-19 yang masih dijalankan di peringkat global dan dalam negara.

"Untuk menangani situasi ini, kerajaan telah memperkenalkan pakej-pakej rangsangan ekonomi termasuklah PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan yang kesemuanya berjumlah RM260 bilion," katanya.

Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM9 bilion bagi menangani cabaran kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan rakyat dalam negara dalam tempoh pemulihan semula ekonomi negara.

Katanya, peruntukan berkenaan, yang akan disalur melalui beberapa insiatif, dijangkakan akan dapat memanfaatkan seramai tiga juta tenaga kerja dalam negara.

"Saya tahu ramai dalam kalangan masyarakat yang bimbang akan risiko kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan berikutan banyak sektor dan aktiviti ekonomi terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

"Saya faham ekonomi akan mengambil masa untuk pulih dan terdapat golongan masyarakat yang masih perlukan bantuan sepanjang pemulihan ekonomi," katanya.


Lihat Komen
ADS