Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SOP peluasan kapasiti solat Jumaat, berjemaah dibentang hari ini
Diterbitkan:  Jun 6, 2020 12:03 PM
Dikemaskini: 4:08 AM

Prosedur operasi standard (SOP) peluasan kapasiti jemaah bagi solat Jumaat dan solat berjemaah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersayarat (PKPB) akan dibentangkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dr Zulkifli Mohamad dalam satu kenyataan berkata garis panduan itu akan dibincangkan dan diperhalusi dalam mesyuarat khas menteri-menteri yang akan diperngerusikan oleh Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

"⁣⁣⁣⁣Ramai yang merindukan masjid dan surau sebagaimana juga saya. Ini adalah tempoh penting bagi sektor sosial (aktiviti masjid dan surau) bagi memasuki fasa strategi keluar (exit strategy).⁣⁣⁣⁣

"Pendekatan 'soft landing' (pembukaan masjid/surau dan peluasan kapasiti jemaah secara bertahap bermula 15 Mei 2020) yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri khususnya pihak berkuasa agama negeri dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah wajar bagi memastikan kesejahteraan umat Islam secara amnya dan juga imej institusi masjid dan surau di Malaysia terus dicontohi dan disegani di peringkat dalam dan luar negara.

"⁣⁣⁣⁣Keputusannya akan diumumkan sedikit masa lagi, insya-Allah," katanya dalam satu kenyataan di laman facebooknya hari ini.⁣

Bermula 15 Mei lalu, solat Jumaat dan solat berjemaah telah dibenarkan semula di masjid, surau terpilih dalam Zon Hijau Covid-19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat dengan bilangan jemaah minimum tiga orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang.

Lihat Komen
ADS