Lebih 2 juta orang dijangkiti Covid-19 di Amerika
Diterbitkan: Jun 11, 2020 1:57 PM
Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi dua juta pada Rabu malam mencecah 2,000,464, memetik data Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut data itu lagi angka korban juga terus meningkat kepada 112,924.
New York kekal negeri paling teruk terjejas dengan mencatatkan 380,156 kes dan 30,542 kematian.
New Jersey, California, Illinois, dan Massachusetts pula masing-masing mencatatkan kes melebihi 100,000.

Menurut The Washington Post, sejak awal Jun, puluhan negeri di AS, termasuk Texas dan California, rata-ratanya mencatatkan kes COVID-19 tertinggi, sebahagiannya disebabkan protes besar-besaran ekoran kematian George Floyd.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.