Malaysiakini
BERITA

Kes Covid-19 di Singapura lepasi 40,000

Bernama

Diterbitkan

Catatan awal mengesahkan tambahan 347 kes jangkitan Covid-19 di Singapura dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlahnya di republik ini 40,197.

Data tengah hari menunjukkan terdapat lima kes dalam komuniti dengan dua melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap manakala tiga lagi adalah pemegang pas pekerja.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik ini dalam satu kenyataan di Singapura menjelaskan bahawa majoriti yang besar itu masih melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat Jumaat, Singapura mengklasifikasi 1,782 adalah kes komuniti, 580 kes import dan 37,488 pekerja asing di asrama.

Secara keseluruhannya, 28,040 kes Covid-19 atau kira-kira 70 peratus daripada jumlah semalam iaitu 39,850 telah dibenar pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan komuniti.

Setakat Jumaat, terdapat 239 kes disahkan yang masih berada di hospital dengan dua kes dalam keadaan kritikal di unit penjagaan rapi.

Sementara itu, 11,546 kes dengan simptom sederhana atau secara klinikal sihat tetapi masih positif ujian Covid-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Singapura yang mengumumkan dua kematian pertama pada 21 Mac, sehingga hari ini mencatatkan 25 kematian akibat jangkitan Covid-19.

Susulan tiada lagi kes dikaitkan dengan asrama di 50A Tuas Link 4 sejak dua tempoh inkubasi iaitu 28 hari, kluster berkenaan kini ditutup, demikian menurut kementerian itu.

Tiga kluster baru yang dikenal pasti semalam melibatkan dua asrama iaitu di 55 Genting Lane; dan 21 Tuas View Loop; serta di kawasan pembinaan Stirling Residences.

Setakat 12 Jun, kluster terbesar di Singapore ialah S11 Dormitory @ Punggol dengan jumlah 2,737 kes disahkan manakala yang melibatkan asrama yang terbesar di republik ini ialah di Sungei Tengah Lodge dengan 2,036 kes.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.