Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19: Jangkitan depot, tahfiz antara 43 kes baru, satu kematian
Diterbitkan:  Jun 13, 2020 5:47 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Terdapat 43 jangkitan baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,445, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Daripada 43 kes baru yang dilapor, lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan empat warga Malaysia dan satu kes bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap," kata beliau pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, daripada 38 jangkitan tempatan, 15 melibatkan rakyat Malaysia, dan 23 lagi bukan warga negara Malaysia.

"Sebanyak 21 kes telah dikesan dalam kalangan penghuni Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil yang telah dipindahkan ke Akademi Imigresen Malaysia (AIM) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Satu kes saringan di Pasar Pemborong Sayur, oleh Pejabat Kesihatan Penampang, Sabah.

"Satu kes saringan pekerja ladang warga asing di Temerloh, Pahang," katanya lagi.

Bagi jangkitan tempatan Malaysia, tujuh dikesan dari sekolah Tahfiz, iaitu dua di Selangor, tiga di Negeri Sembilan, dan masing-masing satu di Perak dan Melaka.

Satu kematian baru juga antara kes jangkitan yang baru dilaporkan, menjadikan jumlah kematian sebanyak 120 orang.

Mangsa terbaru melibatkan seorang wanita warga negara Malaysia berusia 96 tahun yang meninggal di rumah di Sabah pada 12 Jun lalu dan didapati positif setelah jenazahnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth. Punca jangkitan masih dikesan.

[Berita penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Lihat Komen
ADS