Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Laporan perubatan Muhyiddin sama, bukan dari pusat pakar berkaitan’
Diterbitkan:  Jun 16, 2020 6:25 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Sarawak Report hari ini mempersoalkan dokumen-dokumen yang mengesahkan bahawa Muhyddin Yassin kini bebas dari kanser, dan cukup sihat untuk menjalankan tugas PM sebagai perdana menteri daripada dua hospital yang berbeza.

Malah, kata laman web itu, bahawa surat-surat berkenaan ditandatangani oleh pengamal perubatan yang bukannya pakar dalam rawatan barah pankreas.

Merujuk kepada dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) awal hari ini, Sarawak Report berkata "Hari ini dua pasukan doktor berlainan yang digunakan oleh Muhyiddin di KL, satu dari Hospital Pantai dan satu lagi dari Ampit Chest and Medical Clinic Sdn Bhd, telah menandatangani dua surat dengan tiga perenggan sama yang berakhir dengan serangan terhadap media berhubung kesihatan 'PM8 yang adalah pesakit barah pankreas."

Sarawak Report memetik para doktor berkenaan yang berkata: “Kami berpendapat bahawa YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin cukup sihat untuk berkhidmat untuk rakyat dan negara. Sebagai profesional perubatan, kami terkejut dengan laporan palsu yang tidak ada asasnya."

Laman web itu kemudian membuat perbandingan "surat-surat yang serupa bertarikh 12 Jun itu, satu ditandatangani oleh Dr Lam Kai Seng bagi pihak 'pasukannya' di Pantai dan satu lagi oleh Dr (K) Ampikaipakan bagi pihak 'pasukannya' di Ampit."

Sarawak Report kemudiannya mempersoalkan apakah mereka yang menandatangani surat berkenaan adalah doktor sama yang merawat Muhyiddin dan menimbulkan tanda tanya jika mereka merujuk kepada pakar pihak ketiga.

"Doktor KL ini bukan doktor utama yang merawat 'PM8' untuk barah pankreasnya.

"Para doktor di Pantai dan Ampit sama-sama merujuk kepada pakar barah pankreas pihak ketiga, yang menurut surat itu, mendakwa bahawa Muhyiddin bebas dari kanser, yang dengan jelas membuktikan bahawa mereka sendiri bukan pakar yang dirujuk ," katalaporan itu.

Menurut Sarawak Report, Dr Ampikaipakan adalah pakar pernafasan dan diagnosis barah paru-paru.

Tambahnya, Dr Lam pula adalah pakar barah bahagian kepala dan leher dan penyakit barah lain, tetapi tidak disebut sebagai pakar dalam rawatan barah pankreas.

Dalam kenyataannya, PMO menafikan dakwaan Sarawak Report bahawa Muhyiddin melanggar perintah kuarantin di rumah dengan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kanser.

Menurut PMO, Muhyiddin telah menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari susulan kehadirannya dalam mesyuarat pascakabinet di PMO di Putrajaya turut dihadiri seorang pegawai yang positif Covid-19.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS