Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP Umno dilantik pengerusi baru LPPKN
Diterbitkan:  Jun 16, 2020 10:50 PM
Dikemaskini: 4:10 PM

Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria dilantik sebagai pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang baru.

LPPKN, sebuah jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mengumumkan pelantikan itu di laman web rasmi dan laman Facebooknya semalam.

Ditubuhkan menerusi akta Parlimen pada tahun 1966, LPPKN melaksanakan program penduduk, pembangunan keluarga, dan kesihatan reproduksi.

Ia juga memberi nasihat kepada kerajaan mengenai polisi dan program yang berkaitan dengan hal ehwal berkenaan.

Nizar mewakili parlimen Parit dari tahun 2008 hingga 2013 dan memenangi kerusi itu sekali lagi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dari tahun 2013 hingga 2018, beliau mewakili DUN Belanja dan dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa (Exco) Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak.

Nizar mengambil alih jawatan pengerusi LPPKN daripada Dr Narimah Awin, yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Mac 2019.

Sebagai seorang doktor perubatan, Narimah sebelum i mtuerupakan pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga di Kementerian Kesihatan sebelum bersara pada tahun 2007.

Dari tahun 2008 hingga 2013, beliau juga pernah berkhidmat sebagai penasihat serantau (Kesihatan ibu bersalin dan reproduktif) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi wilayah Pasifik Barat dan Asia Tenggara.

Lihat Komen
ADS