Kerajaan bersetuju secara prinsip untuk membenarkan kementerian, agensi dan sektor swasta untuk mengadakan sesi temu duga pekerja secara bersemuka semula, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, menurut beliau ini tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP). SOP berkaitan akan disemak oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi tujuan kelulusan.

"Kita telah bersetuju, cuma SOP akan disediakan. Apabila SOP ini diluluskan, ia akan diedarkan sebagai rujukan kepada semua kementerian dan agensi yang lain.

"Jadi, tidak perlu lagi temuduga di dalam talian, ini termasuk juga kepada pihak swasta," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pematuhan PKPP di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan bahawa sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang berakhir 9 Jun lalu bahawa kerajaan menggalakkan majikan untuk melakukan sesi temu duga pekerja secara dalam talian.

[Baca berita penuh]