Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KKM kenal pasti kluster meninggal di rumah, di Sabah
Diterbitkan:  Jun 17, 2020 6:50 PM
Dikemaskini: 10:50 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster Covid-19 berkaitan pesakit meninggal di rumah, di Sabah minggu lepas yang juga kes kematian ke-120, iaitu kes ke- 8403.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes pertama kluster itu melibatkan seorang warga emas yang meninggal dunia di rumah pada 12 Jun lepas akibat komplikasi jantung dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth.

"Saringan Covid-19 telah dijalankan dan arwah didapati positif. Sebelum ini arwah telah mendapat rawatan untuk penyakit jantung di Hospital Queen Elizabeth 2.

"Aktiviti saringan kontak rapat telah dijalankan dan didapati dua kakitangan wad adalah positif Covid-19," katanya pada sidang media Covid-19, di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 63 individu merangkumi 21 anggota kesihatan, dua pesakit serta 40 ahli keluarga dan rakan kepada mangsa telah dikenal pasti serta disaring.

"Langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di semua tempat yang dikenal pasti terdedah termasuk di wad dan rumah arwah," katanya.

Menurutnya punca jangkitan kluster itu masih dalam siasatan dan Hospital Queen Elizabeth 2 masih beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, bagi kluster rumah jagaan warga emas Kuala Selangor, terdapat tujuh kes Covid-19 dikesan setakat ini.

"Pusat ini masih beroperasi seperti biasa dan penghuni telah dikuarantin di pusat ini. KKM akan terus memantau keadaan kesihatan penghuni rumah jagaan warga emas itu," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS