Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ibu dan kanak-kanak 4 tahun di depot Bukit Jalil antara kes baru Covid-19

Seorang ibu dan anaknya yang berusia empat tahun yang ditahan di pusat tahanan Imigresen Bukit Jalil antara yang disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kanak-kanak itu adalah satu daripada tiga penularan tempatan yang dikesan melibatkan warga asing, setakat pukul 12 tengah hari tadi.

"Bagi kluster pusat tahanan Imigresen Bukit Jalil, kanak-kanak lelaki empat tahun dan ibunya didapati positif," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Dipercayai dia kanak-kanak pertama di pusat tahanan yang disahkan positif wabak tersebut,

Dua pesakit itu pada mulanya dikeluarkan daripada pusat tahanan dan disaring, sebelum ditempatkan di Akademi Imigresen Malaysia di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Ini menjadikan jumlah kes untuk kluster pusat tahanan Imigresen Bukit Jalil meningkat kepada 645 orang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS