Mayat juruterbang pesawat Hawk ditemui

   

Mayat juruterbang pesawat pejuang Hawk 208, Mejar Mohammad Rohaizan Ab Rahman yang hilang sejak 28 hari lepas, ditemui bersama sebahagian besar pesawat berkenaan pada 4.20 petang tadi.

Pegawai perhubungan Awam TUDM Kapt Zulkiflee Abdul Latiff dalam satu kenyataan berkata, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat mangsa pada bahagian kokpit pesawat berkenaan, tiga kilometer dari Pantai Lanjut, Rompin.

Beliau berkata jenazah juruterbang berkenaan akan diterbangkan dan dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan di Melaka, sebaik sahaja bedah siasat dilakukan.

"Sehubungan itu, pencarian baki serpihan akan dihentikan sebaik sahaja penyelam Pasukan Khas Laut (Paskau) berpuas hati tiada lagi serpihan pesawat di kawasan berkenaan," katanya.

Menurut laporan Bernama, dalam kejadian 31 Mei lepas, pesawat pejuang berkenaan hilang daripada radar dan terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 4.37 petang di ruang udara berhampiran Rompin ketika sedang membuat latihan penerbangan.

Petunjuk pesawat berkenaan berada di perairan Pantai Lanjut diperoehi semalam apabila beberapa orang nelayan menjumpai beberapa serpihan besi pesawat tersebut ketika menangkap ikan.

Malaysiakini
terkini untuk anda