Paling Popular
Terkini

Menurut CIMB Group dalam satu kenyataan hari ini, Adisorn meninggalkan syarikat bagi mengejar peluang lain dan akan berkhidmat dalam tempoh notis penuh.

"Calon dalaman telah dikenalpasti untuk dijadikan CEO interim. Tertakluk kepada kelulusan pengawalseliaan, CEO interim tersebut akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” katanya lagi.

Lembaga Pengarah CIMB ingin mengucapkan terima kasih kepada Adisorn di atas kepimpinan dan sumbangan beliau sejak menyertai syarikat pada 2012 sebagai Ketua Perbankan Pengguna CIMB Thai.

"Beliau telah meninggalkan sebuah syarikat yang mantap dari segi kewangan dan operasi hingga berada pada kedudukan yang terbaik agar berupaya memberikan nilai kepada pemegang kepentingan dan pelanggan," katanya lagi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS