Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Yayasan Sabah saman Musa Aman lebih RM870 juta
Diterbitkan:  Jun 19, 2020 12:06 PM
Dikemaskini: 4:35 AM

Yayasan Sabah mengemukakan saman terhadap bekas ketua menteri negeri itu, Musa Aman, bagi mendapatkan RM872 juta wang yang didakwa "hilang" dalam perjanjian balak meragukan.

Pengarah yayasan itu, Jamalul Kiram Zakaria, berkata saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu secara dalam talian pada 16 Jun.

Katanya Jamalul Kiram, Yayasan Sabah percaya wang tersebut adalah milik badan berkenaan.

"Bagi pihak Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, kami berhasrat mahu menuntut kembali RM872 juta yang hilang disebabkan perjanjian aktiviti pembalakan yang meragukan.

"Kami percaya wang ini adalah hak milik Yayasan Sabah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa Musa - sebagai pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah - gagal menjalankan tanggungjawabn fidusiari untuk memelihara kepentingan yayasan berkenaan sesuai dengan peranannya untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat negeri itu.

"Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah mempunyai sebab kukuh untuk mempercayai Musa menggunakan jawatannya untuk mengarahkan anak-anak syarikat Yayasan Sabah, iaitu Rakyat Berjasa Sdn Bhd, bagi tujuan perniagaan balak," katanya.

https://i.ncdn.xyz/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/06/cacd310db0a6d9626814a62620856b13.jpg

Menurut Jamalul Kiram, dalam tuntutan saman berkenaan mereka menamakan beberapa penerima dan transaksi yang melibatkan wang dalam beberapa akaun luar pesisir yang dituntut melalui proses perundangan.

Yayasan Sabah merupakan pemegang konsesi balak terbesar di negeri itu sejak ia ditubuhkan pada 1966.

Musa merupakan salah seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa di mahkamah selepas Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya pada Mei 2018.

Bagaimanapun beliau dilepas dan dibebaskan daripada semua 46 pertuduhan berkenaan barupada 9 Jun lalu.

Sementara itu Pemuda Warisan (Wira) Sabah mendakwa Musa gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk memelihara kepentingan Yayasan Sabah.

"Apabila gagal ia pasti menyebabkan negeri kehilangan punca kewangan yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi dan pendidikan rakyat Sabah," kata ketuanya Mohammad Firdaus Diun.

Justreru Mohammad Firdaus, Wira Warisan Sabah menyokong penuh tindakan Jamalul Kiram memfailkan tuntutan berkenaan. 

Lihat Komen
ADS