Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azmin gesa PKS buat anjakan paradigma
Diterbitkan:  Jun 19, 2020 1:23 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa melakukan anjakan paradigma dalam perniagaan untuk penerimagunaan teknologi baharu bagi semua aspek perniagaan sekali gus berupaya menangani kesan ekonomi yang tidak diingini.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini termasuk bagi operasi kewangan, kebolehpasaran, peningkatan kapasiti dan sumber manusia dalam perniagaan masing-masing.

"Langkah ini akan menggabungkan penggunaan analisis data raya, alat pentadbiran digital dan pengurusan perniagaan serta teknologi terhubung,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan yang dirakam lebih awal untuk penstriman bagi majlis apresiasi Program Pembangunan Technopreneur (TDP) dan pelancaran TDP Xpress.

- Bernama

Lihat Komen
ADS