Ekspatriat dari S'pura, Brunei, Australia dan NZ dibenarkan masuk M'sia
Kabinet meluluskan kemasukan warganegara asing dalam kategori Employment Pass 1 (EP1) ke Malaysia membabitkan negara-negara yang dikategorikan sebagai zon hijau Covid-19, iaitu Singapura, Brunei, Australia dan New Zealand.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, berkata warga asing yang berstatus EP1, di mana pemohon dengan gaji minimum RM10,000 (AS$2,500) dan mempunyai kontrak pekerjaan minimum selama 12 bulan, dibenarkan memasuki Malaysia tanpa perlu meminta kebenaran Jabatan Imigresen terlebih dahulu.
"Mereka harus menjalani pemeriksaan Covid-19 di negara asal mereka sebelum berlepas ke Malaysia atau menjalani pemeriksaan sebaik sahaja tiba di sempadan negara.
"Pemegang visa ekspatriat tidak perlu dikuarantin jika mereka masuk dari negara-negara yang merupakan zon hijau - yang dapat kita namakan sebagai Singapura, Brunei, New Zealand dan Australia," kata Ismail dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
"Mesyuarat juga secara dasarnya bersetuju untuk memberi kebenaran masuk kepada warga Singapura (yang menetap di Singapura sahaja) dan warga Brunei (yang menetap di Brunei sahaja) untuk memasuki pintu sempadan negara tanpa perlu membuat permohonan kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan tidak perlu menjalani saringan Covid-19 dan 'home quarantine'," katanya lagi.
Bagaimanapun, kebenaran itu tertakluk kepada kelonggaran sama turut diberikan kepada rakyat Malaysia oleh kerajaan Singapura dan Brunei sebagai timbal balik.
Perbincangan lanjut akan diadakan Kementerian Luar.
[Berita penuh menyusul]

