Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam Musa Aman 'pelik' saman Yayasan Sabah
Diterbitkan:  Jun 19, 2020 5:00 PM
Dikemaskini: 9:00 AM

Seorang peguam Musa Aman hari ini menafikan bekas ketua menteri Sabah itu terlibat dalam salah laku ketika menjadi pengerusi Yayasan Sabah milik kerajaan negeri dari 2003 hingga 2018.

Tengku Fuad Tengku Ahmad dalam satu kenyataan berkata dakwaan tersebut adalah berniat jahat dan tidak benar.

“Tan Sri Musa menafikan dakwaan bahawa beliau melanggar mana-mana tugas fudisiarinya sebagai pengerusi Yayasan Sabah dari 2003 hingga 2018.

“Dakwaan terhadapnya hari ini adalah berniat jahat dan palsu sama sekali," katanya.

Tengku Fuad juga berkata pihaknya berasa pelik, tidak wajar dan meragukan apabila mereka mengetahui mengenai saman berkenaan melalui kenyataan akhbar dan laporan media.

Tengku Fuad berkata demikian mengulas pengumuman pengarah Yayasan Sabah, Jamalul Kiram Mohd Zakaria, pagi tadi bahawa pihaknya mengemukakan saman terhadap Musa bagi mendapatkan RM872 juta wang yang didakwa "hilang" dalam perjanjian balak meragukan.

Jamalul berkata, berkata saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu secara dalam talian pada 16 Jun.

Katanya Jamalul Kiram, Yayasan Sabah percaya wang tersebut adalah milik badan berkenaan.

Tak terima apa-apa dokumen

Jamalul Kiram mendakwa Musa - sebagai pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah - gagal menjalankan tanggungjawabn fidusiari untuk memelihara kepentingan yayasan berkenaan sesuai dengan peranannya untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat negeri itu.

Menurut Jamalul Kiram, dalam tuntutan saman berkenaan mereka menamakan beberapa penerima dan transaksi yang melibatkan wang dalam beberapa akaun luar pesisir yang dituntut melalui proses perundangan.

Yayasan Sabah merupakan pemegang konsesi balak terbesar di negeri itu sejak ia ditubuhkan pada 1966.

Tengku Fuad berkata, biasanya apabila saman difailkan, dokumen dan kertas tuntutan akan diserahkan kepada defendan atau peguamnya.

“Dalam kes ini, Tan Sri Musa mahu pun saya tidak menerima apa-apa dokumen sekali pun.

Tengku Fuad Tengku Ahmad

"Ini pelik kerana tentulah tidak susah untuk mencari pejabat saya atau rumah Tan Sri.

“Penjelasan paling munasabah kenapa kami mendengar mengenainya melalui media ialah saman ini hanyalah satu helah publisiti bertujuan politik yang dibuat untuk mengalih perhatian dan mengelirukan orang ramai,” katanya.

Tambah Tengku Fuad, beliau diarahkan supaya menerima saman tersebut dan mengeluarkan kenyataan selepas itu.

Lihat Komen
ADS