Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
6 kes baru, 94.6 peratus pulih
Diterbitkan:  Jun 19, 2020 5:24 PM
Dikemaskini: 10:32 AM

Setakat tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan enam kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah terkumpul yang dicatatkan adalah sebanyak 8,535 kes.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baru itu terdiri daripada dua kes import dan empat kes jangkitan tempatan.

Kesemua mereka sudah diasingkan dan kini sedang menerima rawatan.

Perincian empat kes penularan Covid-19 terbaru di dalam negara adalah seperti berikut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu kes saringan pusat tahfiz;
  • Selangor: satu kes kontak rapat kepada kes ke-8,513. Kes baru ini merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8513;
  • Negeri Sembilan: satu kes saringan untuk pulang ke Sarawak;
  • Sarawak: satu kes daripada kluster baru yang dinamakan kluster Kidurong.

Sementara itu, 70 lagi pulih dari jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 8,070 atau 94.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 344 kes.

Tiga pesakit kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan bahawa kes keempat dari kluster baru yang diberi nama kluster Kidurong di Sarawak.

Jelas Noor Hisham, enam kes setakat ini dikaitkan dengan kluster berkenaan, dengan kes indeks adalah pelajar universiti awam yang positif pada 12 Jun.

Pelajar itu telah menjangkiti kedua ibu bapa, dan dua beradik, sementara seorang rakan kepada ayahnya juga positif.'

Kementerian telah mengenal pasti 231 kontak rapat kluster itu, dengan 163 orang telah disaring dan diuji negatif.

Punca jangkitan masih dalam siasatan.

 

Lihat Komen
ADS