Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ubah suai, permain logo Bersatu boleh kena tindakan - Hamzah

Pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh mempermainkan dan mengubah suai logo parti kerana tindakan boleh diambil ke atas mereka, kata Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin.

Beliau berkata logo mana-mana parti yang ditubuhkan adalah satu lambang yang seharusnya dihayati serta dipertahankan setiap ahli, dan bukannya dipermainkan.

"Jadi, mereka yang mempermainkan logo parti bermakna mereka tidak menyayangi lambang parti mereka sendiri.

“Saya mengesyorkan mereka tidak melakukannya kerana tindakan boleh diambil mengikut perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Hamzah yang juga menteri dalam negeri, pada sidang media selepas menyampaikan pangkat secara “posthumous” atau anumerta, Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Polis Diraja Malaysia dan Faedah Terbitan untuk Allahyarham Sarjan Safwan Mohamad Ismail di Kem Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta hari ini.

Pada 16 Jun, sebilangan penyokong Bersatu probekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad melancarkan kempen ‘blackout’ dengan menukar warna logo parti itu kepada hitam putih dan memuat naiknya di laman media sosial.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata kehadirannya di Sabah adalah atas kapasitinya sebagai menteri dalam negeri bagi membantu pihak yang memerlukan dan bukan untuk bertemu ahli parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) adalah atas sebab-sebab politik seperti yang didakwa Pengarah Pendidikan Politik Nasional DAP Liew Chin Tong.

Hamzah berkata beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengannya dan pintu Kementerian Dalam Negeri sentiasa terbuka untuk membantu orang ramai.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS