Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Upacara perkahwinan bukan Islam kini dibenarkan
Diterbitkan:  Jun 21, 2020 4:23 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) bersetuju untuk membenarkan upacara perkahwinan bagi penganut bukan Islam dilaksanakan, kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri.

"Kebenaran ini adalah bagi upacara perkahwinan bukan Islam di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam yang melibatkan penolong pendaftar perkahwinan yang dilantik di bawah Seksyen 28, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Akta 164).

"Upacara perkahwinan ini tidak boleh melebihi 20 orang (termasuk penolong pendaftar perkahwinan) dan tertakluk kepada kapasiti rumah ibadat atau persatuan agama bukan Islam dan penjarakan sosial.

Beliau berkata, upacara perkahwinan perlu mematuhi prosedur operasi statandard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, majlis resepsi perkahwinan masih tidak dibenarkan untuk diadakan.

Sebelum ini, Ismail mengumumkan pasangan beragama Islam dibenarkan bernikah di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dengan sebilangan kecil tetamu dibenarkan hadir.

Pada 2 Jun, beliau juga mengumumkan bahawa perjalanan rentas negeri untuk urusan nikah dibenarkan.

Lihat Komen
ADS