Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Komen lari maksud, saya tiada masalah dengan pusat’

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) Shahidan Kassim menegaskan beliau tiada masalah dengan kerajaan pusat pimpinan Muhyiddin Yassin.

Katanya, keluhan beliau sebelum ini berkaitan pengabaian tugas parti dan “setiakawan yang makin lerai” itu hanya merujuk kepada pergolakan dalaman Umno di Perlis.

Posting itu dalam parti saya, di negeri sahaja,” kata anggota parlimen Arau kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan berkata itu.

Selepas pilihan raya umum lalu, timbul pergolakan dalam Umno Perlis berhubung calon menteri besar.

Shahidan mahukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Ismail, yang juga adiknya, menjawat jawatan itu.

Istana bagaimanapun memilih Azlan Man.

Ismail Kassim

Ismail selepas itu keluar Umno dan menyertai Bersatu tetapi kembali ke pangkuan parti asal selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan.

Padam tulisan di Facebook

Sementara itu, Shahidan berkata beliau sudah pun memadamkan tulisannya di Facebook kerana salah anggap beliau mempunyai masalah dengan pusat.

“Itu tidak betul,” katanya.

Malah, katanya, tafsiran A Kadir Jasin, tokoh wartawan yang juga pendukung kuat Dr Mahathir Mohamad, berkaitan pekara itu lari maksud.

Katanya beliau selesa dengan jawatan disandangnya sekarang.

“Saya sudah ada kedudukan. Jadi pengerusi backbencher (PNBBC). Kira OK-lah tu. Semua orang ada GLC (syarikat berkaitan kerajaan), saya jadi pengerusi backbencher.

“Walaupun backbencher tak ada gaji tapi saya tidak kisah. Saya tetap pegang jawatan kehormat. Ia (jawatan ini) penuh penghormatan.

Kadir sebelum ini berkata Shahidan kecewa kerana tidak mendapat jawatan di peringkat persekutuan walaupun statusnya yang kanan dalam politik.

Lihat Komen
ADS