Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Perbadanan Nasional Bhd (PNS) telah melantik anggota Parlimen Libaran Zakaria Mohd Edris sebagai pengerusi baharunya, berkuatkuasa 15 Mei 2020.

PNS, dalam kenyataan hari ini berkata Zakaria menggantikan Dzulkifli Fadzilah.

Zakaria memegang Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (EMBA) dalam Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti St Clement, United Kingdom.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Ahli Majlis Perbandaran Sandakan dan Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah.


-Bernama

Lihat Komen
ADS